Header Ads

Selamat Datang Ke Blog Info Pantas



Apa Khabar semua,

Selamat datang ke blog Sumber Maklumat Anda - Info Pantas. Blog ini ditubuhkan untuk menyampaikan pelbagai maklumat yang berguna untuk orang ramai. Kami akan cuba sedaya upaya menulis artikel yang berkualiti tentang pelbagai topik yang menarik untuk dibaca oleh pengunjung. Pelbagai artikel yang menarik boleh dikunjungi dalam blog ini merangkumi pelbagai genre atau label seperti BISNES, BLOGGING, DESTINASI, KESIHATAN, MEDIA SOSIAL dan TEKNOLOGI. Topik yang dipilih adalah berdasarkan trend semasa dan keperluan yang selalu digunakan oleh masyarakat kini. Keupayaan menulis artikel berdasarkan label yang disenaraikan di atas adalah mengikut pengalaman kami yang sudah lama mengembara di alam maya ini. Kami bukanlah wartawan yang profesional seperti pertal berita lain namun kami mengetahui teknik terbaik penulisan di dunia internet. Orang ramai di zaman teknologi ini sangat memerlukan maklumat tambahan dalam kehidupan mereka dan medium ilmu melalui blog adalah sangat sesuai dan pantas untuk menyalurkan maklumat kepada mereka.



Revolusi Blog InfoPantas

Bagaimana lahirnya blog www.mediumku.com dengan tagline “Info Pantas” ini? Pada awal kemunculan blog ini memang sukar untuk menarik perhatian orang ramai untuk melawat ke portal kecil ini. Namun, dengan semangat dan usaha yang konsisten, kami telah berjaya menguasai sistem SEO yang memudahkan orang menemui blog ini di muka hadapan mesin pencari gergasi GOOGLE. Hanya menaip beberapa keyword yang berkaitan dengan entri dalam blog ini secara automatik google merekomenkan blog ini sebagai pilihan. Buat masa sekarang sudah ramai yang memasuki blog ini untuk membaca artikel yang memaparkan pelbagai maklumat. 

Selain itu, perubahan yang dilakukan kepada domain blog ini iaitu mediumku.com juga telah memendekan nama alamat website ini dan memudahkan orang ramai untuk mengingati blog ini. Sebelum ini blog ini meggunakan domain percuma blogger iaitu infopantas.blogspot.com untuk beroperasi. Kami masih menggunakan blogspot sebagai hosting rasmi blog ini kerana iai lebih mesra pengguna, mudah dan banyak kelebihan lain lagi. 

Pada awalnya blog ini memaparkan maklumat berkaitan tutorial dan cara untuk membuat blog. Kami mempelajari ilmu blogging ini bermula dari kosong tanpa sebarang bantuan cikgu. Hanya kerana minat melihat orang membuat blog. Apabila sudah mempunyai pelbagai maklumat dan ilmu apa salahnya kami mengajar orang lain pula. Pelbagai teknik diajarkan di dalam blog ini dan paling bagus terdapat juga cara membuat wang menggunakan blog. Kami kemudiannya menambah maklumat lain untuk menarik lebih ramai pembaca.

Kami berjanji akan terus meningkatkan lagi mutu serta gaya penyampaian demi memantapkan blog ini. Dengan itu, Info Pantas ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan serta sambutan yang begitu menggalakkan dari anda semua.

Jangan malu-malu untuk menulis komen dan melontarkan kata-kata anda di sini. Segala komentar yang anda berikan, sememangnya saya hargai.

Sekian, terima kasih.

No comments

Powered by Blogger.