Header Ads

Cara Untuk Mengurangkan Sifat Marah Anda

foto kredit - familycounselling
Kita sebagai manusia biasa tidak terkecuali untuk merasa marah apabila ditimpa sesuatu yang buruk cuma yang membezakan seseorang itu adalah bagaimana cara untuk mengawal perasaan tersebut. Sifat marah merupakan satu sifat negatif yang ada dalam diri manusia dan perlu dijauhi kerana akan menimbulkan lebih banyak masalah sama ada kepada indiviu atau orang sekeliling. Banyak kes yang sepatutnya diselesaikan dengan cara mudah menjadi sebaliknya kerana sifat marah. Jika tidak dikawal dengan betul ia akan menyebabkan pergaduhan, kecederaan fizikan dan juga kekecohan.

Terdapat banyak jenis cara seseorang itu melepaskan sifat marah dan bertindak mengikut tahap kemarahannya. Terdapat orang yang hanya meninggikan suara sahaja dan memarahi orang di sekitarnya. Orang yang seperti ini biasanya mudah dipujuk untuk meredakan kemarahanya. Terdapat juga individu yang akan bertindak agresif dengan menggunakan fizikal untuk mencederakan orang lain. Individu jenis ini perlu kita hati-hati apabila berhadapan dengan mereka kerana mereka sudah hilang pertimbangan dan sukar untuk kembali ke keadaan normal. Cara yang terbaik untuk mengawal mereka adalah dengan memanggil keluaga yang dikenali untuk memujuk dan jika perlu panggil pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah.

Berikut merupakan beberapa teknik yang boleh anda ikuti jika menghadapi sifat marah anda.


1. Lepaskan segala perasaan marah

Semua orang mesti pernah berada dalam situasi di mana perasaan marah yang sangat kemuncak. Saat ini hanya diri sendiri sahaja yang tahu bagaimana perasaan tersebut dan kita yang menentukan sama ada mahu melepaskan perasaan tersebut atau simpan di dalam jiwa. Cara yang terbaik adalah anda perlu melepaskan perasaan marah itu namun perlu dikawal untuk mengelakkan sebarang masalah. Apabila ada sudah melepaskan geram tersebut, hati anda akan berasa sedikit tenang walaupun pada hakikatnya anda masih lagi marah. Jadi jangan simpan perasaan marah kerana tidak bagus untuk kesihatan dan akan menjadi bom jangka. Dikhuatiri anda akan mengalami gangguan pada mental jika selalu menyimpan sifat marah anda.

2. Jauhi diri dari penyebab anda marah

Sifat marah biasanya berpunca daripada seseorang atau sesuatu keadaan yang membuatkan anda marah. Apabila anda behadapan dengan situasi ini dan menyebabkan perasaan marah anda mengusai diri, lari sebentar dari tempat tersebut sehingga marah reda. Maksud di sini bukanlah lari dari masalah sebaliknya asingkan diri supaya mental anda kembali normal. Anda juga boleh meminta bantuan rakan atau keluarga untuk berurusan dengan masalah tersebut kerana keadaan diri yang tiidak mengizinkan.

3. Kawal penafasan anda

Apabila seseorang itu merasa marah yang teramat sangat, beberapa angota badan akan berubah dengan serta merta. Kepala anda akan berasa sangat panas dan berpeluh, mata akan berbeliak luas dan merah. Seluruh badan terutamanya tangan akan bergetar. Semua perkara tersebut itu terjadi kerana jantung anda berdegup kencang dan menyebabkan darah mengalir dengan laju. Mental anda juga tidak stabil dan tidak boleh fokus. Bagi memulihkan keadaan, tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan fikiran anda. Sehinggalah anggota badan tersebut kembali kepada keadaan normal.


4. Muhasabah diri

Muhasabah diri adalah kembali kepada diri kita yang asal iaitu dengan berfikir sejenak ke belakang. Apabila kita dalam keadaan marah, kita telah berubah perwatakan ke arah yang lebih agresif. Apabila anda muhasabah diri, otak anda akan kembali berfikir secara rasional dan anda akan berhenti melakukan perkara yang tidak baik sewaktu marah itu. Anda akan mudah memikirkan jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah. Anda juga akan memikirkan kesan buruk yang akan berlaku jika mengambil tindakkan dengan terburu-buru.

5. Bersikap terbuka 

Ini sangat penting. apabila dua individu yang panas barah bertengkar akan menyebabkan pergaduhan. Hal ini berlaku kerana kedua-dua tidak mahu mengalah dan mengaku salah. Mereka ini sememangnya sangat sukar berunding dan dibawa bicara. Cara yang terbaik untuk mengurangkan perasaan marah orang seperti ini adalah dengan menaanm sifat terbuka untuk berbincang bagi mempercepatkan jalan penyelesaian.

No comments

Powered by Blogger.