Header Ads

5 Cara Merawat Penyakit Kemurungan


Kemurungan merupakan salah satu penyakit psikologi yang biasa dialami oleh ramai orang. Jika penyakit yang berkaitan dengan psikologi manusia, sudah semestinya ia memberi kesan kepada hati dan jiwa manusia. Dalam post ini akan diterangkan secara terperinci berkaitan penyakit kemurungan.

Kemurungan (depression) merupakan penyakit dalam jiwa manusia yang membuatkan seseorang itu merasa tekanan perasaan yang kritikal sehingga mengganggu kehidupan hariannya. Semua orang tidak dapat lari daripada terjebak dengan penyakit ini seperti budak-budak, golongan remaja, belia dan orang tua. Antara kesan terus yang jelas kelihatan apabila mengalami kemurungan adalah individu berkenaan akan kelihatan dalam kesedihan, kepiluan dan kecewa malah kerap menangis terutamanya perempuan. Penyakit kemurungan ini juga membuatkan seseorang itu hilang semangat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa seperti orang normal. Selain itu ramai golongan remaja sekarang mengalami sindrom ini akibat daripada putus cinta dengan kekasihnya. Hal ini membuatkan mereka putus harapan untuk meneruskan hidup seperti sebelumnya kerana tidak lagi menerima kenyataan bahawa kisah cinta mereka telah berakhir.

Banyak kesan negatif akan muncul jika mengalami kemurungan dalam jangka masa yang panjang seperti mangsa merasakan hidupnya telah sunyi dan kosong. Bukan itu sahaja, gangguan emosi yang berterusan juga akan memberi kesan yang buruk kepada fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Badan mereka akan lemah kerana otak mereka tidak cergas dan hanya duduk diam di tempat terpencil. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada mereka yang terlibat.

Beriku merupakan Cara dan Tips yang boleh dilakukan untuk Mengatasi Kemurungan:

1. Melupakan Kenangan Pahit

Boleh dikatakan kenangan pahit merupakan faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kemurungan ini. Seseorang itu mungkin telah mengalami kejadian yang sangat teruk menyebabkan beliau trauma dan tidak dapat melupakan kisah tersebut. Cara yang terbaik bagi merawat adalah dengan mengajar minda mereka untuk melupakan kenangan pahit itu. Pastikan mereka menyibukkan diri dengan sesuatu perkara atau aktiviti yang akan mengalih pemikiran mereka untuk mengenangkan kisah pahitnya itu.

Mental juga perlu kuat dalam melawan perasaan sedih sewaktu mengenangkan kisah pahit itu. Kita perlu ada azam untuk mengubah diri daripada terus mengalami kemurungan itu. Fikirkan juga tentang masa hadapan anda dan tanggungjawab yang ada pada diri anda. 

2. Jauhi Perasaan Takut Yang Melampau

Apabila seseorang individu itu merasa takut, mereka secara tidak langsung akan mengalami kemurungan. Takut yang dikatakan meliputi apabila ingin melakukan sesuatu perkara dan juga takut kepada seseorang atau benda. Anda perlulah menghadapi perasaan takut ini dengan menghadapi situasi berkenaan dengan berani. 

Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang teramat sangat.

3. Selalu Senyum dan Ketawa 

Senyum merupakan perbuatan yang bagus untuk merawat kemurungan kerana seseorang itu akan lupa sebentar segala masalah mereka. Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda ceria. Cara yang bagus untuk selalu ketawa adalah dengan menonton video yang kelakar atau baca cerita yang lucu, berkawan dengan rakan-rakan yang lucu. Kita juga boleh melihat sesuatu melalui “funny side” dalam setiap situasi yang kita hadapi agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

4. Bersyukur dengan Segala Nikmat

Kita juga berlu selalu bersyukur dengan segala nikmat dan kemudahan yang kita hadapi. Apabila kita bersyukur dengan semua kurniaan, kita akan mudah melepaskan diri darpada kemurungan kerana kita selalu berfikiran positif. Apabila kita ditimpa sebarang musibah atau kejadian buruk, kita anggap sahaja itu sebagai ujian untuk menjadikan kita manusia yang berguna. Secara tidak langsung kita akan berubah menjadi insan yang cemerlang

5. Cuba Jadi Seorang Pemaaf

Kita perlulah memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan kepada kita. Selagi kita tidak memaafkan orang yang berkenaan, kita akan sering terfikirkan perkara tersebut dan membuatkan hidup tidak menjadi tenang. Perbuatan memaafkan seseorang dapat membersihkan hati dari perasaan negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga akan menjadikan seseorang itu dalam keadaan yang tenteram dan hati menjadi bahagia.

No comments

Powered by Blogger.