Header Ads

Pulau-Pulau Menarik di Malaysia



Cuti sekolah sudah hampir ke penghujung, tapi masih sempat lagi untuk kita pergi melancong bersama keluarga. Jika tidak tahu ke mana untuk bercuti, apa kata cuba bawa family ke pulau-pulau di dalam negara untuk menghayati keindahan permandangan semula jadi. Malaysia mempunyai banyak pulau yang cantik dan popular dalam kalangan pelancong. Tidak dinafikan bahawa coral dan hidupan laut yang berada di beberapa buah pulau di negara kita adalah antara yang tercantik di dunia. Melancong ke pulau merupakan idea terbaik untuk membahagikan masa bersama orang tercinta dan kos yang diperlukan tidaklah terlalu tinggi jika anda pandai mencari peluang dan mendapat diskaun harga. Jika anda tidak tahu pulau manakah yang ingin dituju apa kata tengok di bawah ini senarai pulau di malaysia yang menarik untuk dilawati. Pulau ini juga merupakan antara yang ternama dalam Malaysia dan sudah menjadi destinasi pilihan orang ramai.

Pulau Sipadan

Bagi sesiapa yang sukakan aktiviti scuba diving, sudah semestinya Pulau Sipadan merupakan pilihan utama. Pulau Sipadan sangat terkenal dengan keindahan di dasar laut yang kaya dengan pelbagai jenis kehidupan marin. Keindahan Pulau Sipadan tiada tandingannya. Pulau ini sememangnya sesuai untuk mereka yang cintakan alam marin. Populariti Pulau Sipadan ini juga telah pergi sehingga ke tahap antarabangsa apabila sering kali menjadi tumpuan penggambaran rancangan TV bertaraf dunia seperti Discovery Channels dan National Geographic. Di sini untuk melihat beberapa ekor penyu adalah sangat mudah tidak seperti di pulau lain. salah satu aktiviti yang menjadi impian para diver adalah mencari barracuda, satu fenomena yang unik di dasar laut.


Pulau Langkawi

Siapanpun pasti mengenali Pulau Langkawi yang merupakan pulau paling terkemuka di Malaysia ini. Malah telah banyak memenangi anugerah travel dan tourism di peringkat antarabangsa. Selain itu, Langkawi juga diangkat menjadi antara 10 pulau tercantik di Asia di Trip Advisor 2015. Pulau ini terkenal dengan aktiviti shopping barangan yang bebas cukai. Antara tempat menarik untuk membeli adalah kompleks haji ismail group (HIG). Jika datang ke Langkawi tidak sah jika tidak memborong barangan terutamanya pinggan mangkuk dan coklat. Pulau Langkawi juga dikenali sebagai tempat yang menyimpan banyak sejarah dan kisah-kisah yang menarik. Banyak tempat di sana mempunyai sejarahnya tersendiri seperti Pekah Kuah, Makam Mahsuri, Air Terjun Telaga Tujuh dan Pulau Dayang Bunting. Boleh juga adakan aktiviti di luar seperti mandi di Pantai Cenang, dan melawat di pulau-pulau kecil di sekitar Pulau Langkawi.


Pulau Perhentian


Pulau Perhentian merupakan antara pulau yang popular di kalangan penyelam profesional untuk dive dan menerokai kehidupan marin serta terumbu karang di dalam laut. Bagi anda yang tidak mampu menyelam, boleh juga melihat keindahan bawah lautan dengan melakukan aktiviti snorkeling dan merasai pengalaman melihat penyu-penyu. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua buah pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pengunjung yang ingin bercuti ke Pulau Perhentian Besar boleh menempah pakej yang banyak disediakan oleh resort-resort yang terdapat disana. Bagi yang ingin ke Pulau Perhentian tanpa membuat penempahan boleh mendapatkan penginapan secara 'walk in' di Pulau Perhentian Kecil. Dia sana anda boleh berurusan dengan pengusaha chalet di pulau tersebut untuk lakukan pelbagai aktiviti. Pulau Perhentian adalah sangat cantik dan mempunyai Pantai yang bersih, air laut yang jernih dan mempunyai coral dan hidupan laut yang indah. Di Pulau Perhentian kecil anda boleh melakukan aktiviti lasak seperti hiking ke puncak bukit untuk melihat kincir angin. Kemudian boleh turun untuk melihat tepi laut melalui tangga yang disediakan. Tapi pastikan anda menjaga diri masing-masing kerana terdapat anak tangga yang telah rosak. 


Kincir Angin dan Tangga ke tepi laut

Pulau Tioman

Pulau Tioman, Pahang merupakan pulau yang tidak kurang hebatnya di Malaysia. Pulau Tioman terdiri daripada 4 kampung yang utama, kampung yang paling menjadi tumpuan ramai dan banyak orang menetap adalah Kampung Tekek terletak di bahagian utara pulau. Selain daripada Kampung Tekek, terdapat juga Kampung Juara, Kampung Salang dan Kampung Air Batang. Di sana anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti snorkeling dan scuba diving. Di pulau ini terdapat banyak tempat menyelam dan snorkeling yang menyeronokkan. Di sana juga terdapat Taman Laut yang terdapat sebuah Pusat Informasi Taman Laut. Dia sana anda boleh pergi ke Muzium dan juga memberi makan ikan dengan tangan anda.


Pulau Redang

Sebuah lagi Pulau yang popular di Terengganu iaitu Pulau Redang. Pulau ini sememangnya cantik dan mempunyai pantai berpasir yang halus dan jernih serta hidupan marin memang cukup mempersonakan. Pulau Redang sudah lama membangun dan lebih maju dalam sektor pelancongan jika dibandingkan dengan Pulau Perhentian. Segala kemudahan penginapan untuk pelancong adalah berasaskan resort. Sebanyak enam biji resort terletak di pantai terpanjang yang terdapat di Pulau Redang iaitu Pantai Pasir Panjang. Manakala resort-resort lain terdapat di pantai Teluk Dalam dan Teluk Kalong. Di sana boleh dilakukan aktiviti seperti mandi manda di sekitar pantai, snorkeling melihat hidupan laut  dan jika bernasib baik anda akan dapat melihat penyu di dasar lautan. Tarikan di pulau ini adalah anda boleh melihat sendiri bagaimana penyu bertelur. Pulau ini merupakan pulau yang sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga mahupun untuk berbulan madu.


Pulau Kapalai

Pulau Kapalai terletak hanya 15 km dari Pulau Sipadan, Sabah. Pulau ini sangat sesuai untuk tujuan berbulan madu. Pulau Kapalai mempunyai kawasan yang sangat cantik dan lebih menarik lagi di sana terdapat resort terapung. Kedudukan Resort ini di atas laguna pasir yang di kelilingi terumbu karang membolehkan anda boleh melihat terus terumbu dan coral dari atas balkoni resort. Air laut sememang jernih dan membiru kehijauan yang pastinya memberi pengalaman yang tidak akan dilupakan kepada para pengunjung.


Pulau Pangkor

Pulau Pangkor merupakan pulau yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana pulau ini sangat sinonim dengan subjek  mata pelajaran di sekolah. Ia merupakan sebuah pulau destinasi pelancong yang paling ternama di negeri Perak. Di sana terdapat pantai pasir yang cantik, air yang jernih dan sesuai untuk mandi-manda. Pulau Pangkor sememangnya terkenal dengan kisah sejarah peninggalan Belanda yang pernah menduduki pulau ini ketika menjajah Tanah Melayu. Seperti biasa Pulau Pangkor sama seperti pulau lain yang mempunyai banyak resort dan chalet menarik untuk para pengunung menginap. Antara aktiviti pelancongan di pulau ini adalah melawat tempat bersejarah seperti Kota Belanda dan Batu Bersurat, snorkeling dan juga berkunjung ke tempat menarik seperti Kilang Ikan Bilis dan Taman Fu Lin Kung.


Pulau Kapas

Pulau Kapas, Terengganu merupakan antara pulau tercantik yang berada di Malaysia dan sudah lama dikenali kerana mempunyai pantai yang sangat cantik. Nama kapas diberi kerana pasirnya berwarna putih seperti kapas dan ada juga memberitahu kerana pada zaman dahulu terdapat banyak kapas di laut selepas kapal china karam. Di sini air lautnya pula jernih dan mempunyai hidupan laut yang sangat menarik. Antara aktiviti yang menarik di Pulau Kapas adalah melakukan jungle trekking di hutan Pulau Kapas, melihat coral dan hidupan laut yang sangat cantik dengan aktiviti snorkeling dan scuba diving. Selain itu, boleh juga melakukan pelbagai aktiviti lain sepeti sukan pantai, berkayak di laut dan memancing.


Pulau Sibu, Johor

Pulau Sibu adalah antara destinasi pelancongan di Johor. Terletak berhampiran Mersing, Pulau Sibu terdiri dari empat buah pulau yang cantik iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung. Kebanyakan resort terletak di Pulau Sibu Besar. Tidak seperti Pulau Perhentian, feri ke Pulau Sibu disediakan khas oleh resort-resort disana. Jadi pengunjung perlu mengambil pakej pelancongan dari mana-mana resort untuk bercuti di pulau ini. Aktiviti pelancongan utama di Pulau Sibu ialah sukan air atau water sport seperti snorkeling dan scuba diving. Namun terdapat juga aktiviti lain untuk pengunjung seperti Jet ski, Island hopping dan Jungle trekking.


Pulau Rawa di Mersing Johor

Pulau ini merupakan private island yang merupakan tanah kerabat Johor. Rawa Island Resort merupakan salah satu resort yang terletak di Pulau Rawa. Resort ini menyediakan pakej percutian dan anda boleh menambah pelbagai aktiviti di dalam pakej anda seperti snorkelling, island hoping, memancing dan lain-lain lagi. Di Pulau Rawa hanya terdapat dua resort sahaja iaitu Rawa Safari dan Alang's Rawa. Resort di Rawa Safari boleh dikatakan lebih besar dan mempunyai kemudahan seperti aircond berbanding dengan Alang 's Rawa. Aktiviti percutian yang boleh dilakukan adalah seperti Diving, Snorkeling, mandi pantai, hiking, Island Hoping dan juga boleh bermain gelongsor air.

No comments

Powered by Blogger.