Header Ads

Petua Tradisional Hilangkan Jerawat Pada Muka



Semua orang sama ada lelaki atau perempuan akan merasa tidak selesa apabila timbul jerawat di muka. Kadang-kadang jeawat ini akan membuat diri rasa rendah diri dan moody. Walaupun sudah banyak cara yang dilakukan seperti menggunakan pencuci muka yang ada di pasaran, namun kesan jerawat masi lagi tidak hilang. Anda boleh cuba amalkan petua tradisional di bawah ini untuk merawat jerawat pada muka anda. Mungkin dengan mengamalkan kaedah ini dapat menghilangkan jerawat dan membersihkan muka anda.

1. Aloe Vera atau Lidah Buaya




Lidah buaya bukan sahaja mampu melembutkan rambut, ia juga kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu mengurangkan bintik merah pada kulit dan menghilangkan parut kesan jerawat. Selain itu, cecair lendir dalam aloe vera boleh digunakan untuk mengurangkan kesan muka berminyak. Lebihan minyak inilah merupakan punca utama jerawat pada muka. Aloe Vera boleh didapati di farmasi dan boleh juga ditanam di halaman rumah kerana ia mudah hidup. 


Caranya: Ambil lendir atau isi dalam lidah buaya dengan membuang kulitnya dahulu. Lendir yang berbentuk gel itu kemudiannya disapukan ke muka. Biarkan seketika selama 30 jam, kemudian cuci muka macam biasa menggunakan air bersih. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan lihatlah hasilnya nanti.

2. Daun Betik




Daun betik merupakan sumber semulajadi yang mempunyai banyak khasiat untuk merawat penyakit seperti Demam Denggi dan merawat kulit muka. Banyak salon kecantikan dan spa yang menggunakan daun betik untuk kecantikan. Daun betik mengandungi banyak nutrien dan antioksidan yang boleh memberi kesan kepada kulit anda, termasuk sangat berkesan menghilangkan jerawat.

Caranya: Ambil beberapa keping daun betik mengikut keperluan dan jemur sehingga kering. Apabila sudah kering, tumbuk sehingga hancur dan campur dengan air sehingga membentuk pes. Selepas pes sudah mengental, sapukan pada muka yang dan biarkan seketika. Bilas muka dengan basuh menggunakan air bersih.

3. Timun



Timun merupakan bahan yang sangat popular untuk kecantikan kulit muka. Petua hilangkan jerawat dengan timun sudah lama digunakan. Sudah banyak produk kecantikan seperti topeng muka yang dibuat berasaskan bahan timun. Anda tidak perlu membeli produk berkenaan sebaliknyaa boleh membuatnya sendiri di rumah. Timun dapat membantu mengurangkan radang dan bintik-bintik merah serta parut jerawat. Dalam timun terkandung kadar air yang sangat tinggi, vitamin A, vitamin C, dan magnesium untuk merawat muka.

Caranya: Hiris timun segar menjadi beberapa biji.  Kemudian tempekkan hirisan timun pada kulit muka. Biarkan seketika selama satu jam dan bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang. Boleh juga kisar timun dan dicampur dengan sedikit air sejuk. Selepas itu ratakan di seluruh bahagian muka. Tunggu dalam 30 minit dan bilas dengan air sejuk.

4. Madu



Semua sedia maklum bahawa madu merupakan ibu segala ubat. Namun begitu madu yang asli adalah yang tebaik untuk merawat segala penyakit. Madu yang berada di pasaran telah hilang khasiat perubatannya. Madu bukan sahaja untuk dimakan, tapi boleh juga digunakan untuk kegunaan luar iaitu kulit manusia.

Caranya: Gunakan madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk diratakan pada kulit muka. Ambil perhatian kerana madu liar ni panas. Biarkan seketika madu tersebut sambil urut di keseluruhan muka. Kalau boleh jangan bilas dahulu, basuh bila rasa tidak selsesa atau melekit.

5. Jus Lemon 



Jus lemon sangat sesuai digunakan sebagai pembersih muka. Lemon mengandungi asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat. Lemon juga mempunyai vitamin C yang sangat bagus untuk kulit.

Caranya: Ambil jus lemon dengan perahkan ke dalam mangkuk. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Apabila kering, bilas dengan air sejuk. Ulang cara ini setiap hari dan lihat hasil.

No comments

Powered by Blogger.