Header Ads

Jom Pergi Festival Lampu Putrajaya 2016



Light And Motion Putrajaya 2016 (LAMPU 2016) atau Festival Lampu Putrajaya 2016 kembali lagi memeriahkan pusat pentadbiran Putrajaya buat tahun keempat. Acara yang berstatus antarabangsa ini dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan bakal berlangsung selama 3 malam berturut-turut bermula dari 30 Disember 2016 sehingga 1 Januari 2017. 

foto - Instagram LAMPU 2016
Jika anda hadir di acara ini nanti, anda akan melihat seni persembahan cahaya yang sangat cantik beserta degan bunyi tambahan dan pergerakan cahaya tersebut. Bangunan seperti Istana Kehakiman dan sekitar kawasan Presint 3, Putrajaya akan dipenuhi dengan warna-warni cahaya.

Terdapat juga acara yang paling popular pada tahun lepas iaitu Garden Lighting dan LAMPU 3R Structures. Acara ini menampilkan penglibatan badan korporat, komuniti seni cahaya serta penyertaan daripada orang tempatan. Mereka akan mempersembahkan kreativiti dalam menghasilkan rekaan cahaya  menggunakan bahan terbuang.

Selain itu pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan juga boleh dilakukan seperti pertandingan fotografi dan video, Lampu Skywave, Wayang Kulit Kelantan, Beca Lamp Putrajaya, Car Light Show, Street performance dan banyak lagi.

JADUAL AKTIVITI FESTIVAL LAMPU PUTRAJAYA 2016




PETA LOKASI FESTIVAL LAMPU PUTRAJAYA 2016



Details Acara
Tarikh: 30 Disember 2016 sehingga 1 Januari 2017
Masa: 7:30 PM – 12:00 PM
Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

Dapatkan maklumat lanjut, melalui:
Laman Web Rasmi LAMPU
Facebook Lampu 2016
Instagram Lampu 2016

No comments

Powered by Blogger.