Header Ads

Info Tekanan Darah Tinggi


Definisi Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi yang juga dikenali sebagai Hipertensi dalam istilah perubatan adalah keadaan di mana tekanan darah yang dikenakan kepada dinding salur darah (arteri) yang sangat tinggi berbanding paras normal sehingga boleh membawa penyakit berbahaya kepada manusia seperti penyakit yang paling ditakuti manusia iaitu penyakit jantung yang boleh membawa maut. Biasanya, untuk mengetahui berapakah bacaan tekanan darah tinggi, seseorang itu perlu pergi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan perkhidmatan untuk membaca tekanan darah tinggi. Namun, pada zaman sekarang sudah boleh membaca takanan darah tinggi ketika di rumah dengan menggunakan alat teknologi yang dipanggil tensimeter digital. Untuk membaca tekanan darah tinggi, sessorang itu hanya perlu mengetahui dua perkara sahaja iaitu Tekanan Sistolik dan Tekanan Diastolik. Berikut adalah penerangan untuk Tekanan Sistolik dan Tekanan Diastolik :

Tekanan sistolik: tekanan darah apabila jantung berdegup semasa mengepam darah
Tekanan diastolik: tekanan darah apabila jantung berehat antara degupan

Proses pengiraan dan pembacaan tekanan darah ditentukan oleh kedua-dua jumlah tekanan sistolik dan tekanan diastolik. Bacaan tekanan darah tinggi yang normal bagi seseorang adalah 120/80 mmHg. Nilai 120 merujuk kepada bacaan bagi tekanan sistolik dan 80 pula menunjukkan bacaan bagi nilai tekanan diastolik. Seseorang yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi, bacaan bagi tekanan darah tingginya akan melebihi bacaan 120/80 mmHg. Sebagai contoh jika bacaan tekanan darah tinggi seseorang itu adalah 140/90 mmHg maka dia akan menghidap penyakit tekanan darah tinggi. 

Punca Tekanan Darah Tinggi

Kebiasaannya, apabila mendengar berita seseorang itu menghidap penyakit tekanan darah tinggi pasti akan terlintas di fikiran bahawa orang tersebut mungkin selalu dalam keadaan ‘tertekan’ atau ‘stress’ yang berpanjangan sehingga mendapat penyakit ini. Namun masih ramai yang tidak mengetahui terdapat punca lain yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit tekanan darah tinggi. 
Antara punca lain tersebut ialah budaya gaya hidup seseorang yang membawa kepada penyakit darah tinggi. Budaya gaya hidup yang tidak sihat seperti amalan merokok, minum minuman yang beralkohol secara kerap dan kerja tanpa henti sehingga tiada waktu untuk merehatkan badan. Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sihat juga mendorong seseorang untuk berpeluang mendapat penyakit darah tinggi. Sebagai contoh, mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak dan garam yang tidak baik untuk badan. Masalah kesihatan yang lain juga adalah faktor lain untuk penyakit tekanan darah tinggi seperti keroosakkan buah pinggang, salur darah tersumbat serta pengambilan ubat-ubatan di luar kawalan.  

Tanda-Tanda Menghidap Penyakit Tekanan Darah Tinggi

Seseorang yang disahkan menghidap penyakit tekanan darah tinggi biasanya akan mengalami simptom seperti pening kepala yang berterusan, sukar untuk tidur, badan akan mudah letih, emosi mudah terganggu dan jadi cepat marah, rasa lenguh di aseluruh anggota badan, berlaku perdarahan hidung dan akhir sekali berlaku pendarahan hidung.

Kesan Akibat Penyakit Tekanan Darah Tinggi

Penyakit yang paling mudah dihidapi jika anda mengalami darah tinggi adalah Strok atau angin ahmar. Peyakit ini berlaku disebabkan saluran darah ke otak tersumbat dan bocor. Apabila salur darah itu tidak mampu lagi menampung darah yang terkumpul, ia kemudiannya akan pecah dan menyebabkan serangan strok.

Tekanan darah tinggi juga akan mengakibatkan serangan jantung. Saluran darah yang bersambungan dengan jantung akan tersumbat dan mengakibatkan jantung gagal mengepam darah dengan baik ke seluruh anggota badan. Kegagalan jantung untuk mengepam darah dengan secukupnya akan mengakibatkan masalah penyakit lemah jantung. Selain itu penyakit jantung berlubang juga akan berlaku.

Kerosakan anggota lain seperti buah pinggang dan mata yang berlaku akibat aliran darah ke bahagian tertentu atau seluruh tubuh terjejas. Perkara ini akan merosakkan anggota penting dalam tubuh pesakit dan boleh menyebabkan kematian.

No comments

Powered by Blogger.