Header Ads

Cara Untuk Lajukan Smartphone Android


Ramai pengguna smartphone akan mengalami situasi di mana telefon anda itu akan menjadi lembap. Jika dibandingkan sewaktu baru mula-mula beli dahulu sangat jauh berbeza. Perkara ini adalah biasa berlaku dalam kalangan pengguna Android. Bahkan smartphone yang dikategorikan sebagai 'sangat canggih' pun akan menjadi hang atau lagging apabila telah lama digunakan. Sebagai contoh apabila kita ingin membuka sesuatu aplikasi, ia memakan masa yang lama untuk aplikasi itu muncul. Keadaan ini sangatlah merimaskan pengguna yang perlu menunggu. Semua ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti memori dalaman dan juga aplikasi yang digunakan. Bagi melajukan smartphone itu kembali seperti biasa, anda perlu melakukan beberapa perkara pada smartphone anda. Berikut merupakan faktor yang menjadi punca smartphone anda lembap dan cara yang perlu dilakukan untuk melaukan semula operasi smartphone anda.


1. Gunakan launcher yang ringan


Launcher merupakan sebuah applikasi android yang digunakan untuk mengubah tema smartphone anda mengikut pilihan anda. Anda boleh mengubah tema smartphone android anda menjadi seperti iphone. Sebernarnya launcher ini hanya mengubah rupa luaran (Graphical user interface) sahaja dan tidak mengubah fungsi sesuatu smartphone berkenaan. Antara perubahan yang berlaku hanya kepada home screen, butang menu, gambar latar belakang dan icon apps dan banyak lagi. Bagi mengelakkan smartphone anada menjadi lembap, anda perlulah memasang launcher yang ringan seperti Nova Launcher atau launcher yang asal (default). Dengan menggunakan launcher yang ringan dapat mengurangkan penggunaan memori dan RAM. Selain itu jangan aktifkan Live Wallpaper sebaliknya gantikan dengan gambar sahaja. Penggunaan live wallpaper akan menggunakan banyak bateri dan seterusnya melambatkan smartphone anda.

2. Jangan guna terlalu banyak widget

Widget merupakan seahagian daripada aplikasi namun ia lebih mudah digunakan tanpa perlu membuka aplikasi tersebut. Widget akan selalu berfungsi apabila anda memasangnya dalam smartphone. Widget yang terlalu banyak dalam smartphone akan meningkatkan penggunaan memori dalaman. Jadi anda perlu install widget yang penting sahaja supaya smartphone tidak cepat hang. 

3. Buang cache (data sementara)

Cache merupakan data yang disimpan sementara bagi sesebuah aplikasi untuk digunakan kemudian hari. Data seperti ketetapan (setting) akan disimpan di sesuatu tempat dan akan diguna semula jika anda menggunakan aplikasi tersebut. Cara membuang Cache ini boleh dilakukan dengan pergi ke menu Apps dan tekan clear cache bagi setiap apps. Boleh juga membuang cache dengan menggunakan aplikasi di google store seperti App Cache Cleaner dan Clean Master. Selepas membuang cache, apps tersebut akan menjadi seperti baru dipasang dan memerlukan anda mengatur semula apps tersebut.

4. Kill apps running on background

Apabila anda keluar daripada sesuatu aplikasi dengan menekan butang keluar atau home button, sebenarnya aplikasi itu masih berjalan lagi di latar belakang. Apabila anda sudah membuka banyak aplikasi, smartphone anda akan menjadi lembap. Bagi membuang apps running on background, anda boleh menggunakan aplikasi task killer atau membuang dengan menekan clear all apps. Selepas itu smartphone anda akan kembali laju seperti biasa.

5. Uninstall  Aplikasi yang jarang digunakan


Aplikasi dalam smartphone merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kelembapan telefon pintar. Hal ini kerana aplikasi yang dipasang akan menggukan memori dalaman smartphone yang terhad. Semakin banyak aplikasi dipasang, semakin kurang memori dalaman. Secara tidak lagsung akan memudahkan smartphone menjadi hang. Oleh itu buang atau delete mana-mana aplikasi yang tidak digunakan dengan segera. Jangan sangka applikasi yang jarang digunakan tidak menganggu kelancaran smartphone kerana ada sesetengah aplikasi yang berjalan secara background tanpa anda ketahui. Cara nak buang aplikasi adalah pergi ke Settings, buka Apps dan pilih app yang nak dibuang dengan tekan Uninstall.


Sebenarnya memang perkara biasa bagi pengguna Androoid jika smartphone mereka menjadi lembap setelah menggunakannya dalam jangka yang lama. Berbeza pula dengan pengguna iPhone, smartphone mereka jarang mengalami kelembapan apabila membuka banyak apps walaupun RAM hanya sebesar 1GB. Sebab itu iphone memperkenalkan build-in internal memori yang memcecah beratus GB supaya iphone mereka tidak mudah lembap. Namun sekarang sistem Android telah banyak berubah dan menjadi semakin baik setanding dengan iphone.

No comments

Powered by Blogger.