Header Ads

Cara Daftar Dan Buat Duit Dengan Lynk.My



Sebelum ini saya telah menulis artikel tentang cara buat duit guna servis memendekkkan url Adf.ly. Seperti yang kita tahu Adf.ly dan bayak lagi servis seperti Adfoc.us , bv.bc dan lain-lain merupakan syarikat dari luar negara. Tahukah anda di negara kita Malaysia juga terdapat syarikat yang menawarkan servis  memendekkan url dan memberi imbuhan kepada pengguna yang menggunakannya. Wow nampak menarik je kan. Sudah banyak publisher dalam Malaysia yang berdaftar dengan mereka dan berjaya jana banyak duit.

Pengenalan Kepada LYNK.MY

Syarikat yang saya maksudkan itu adalah LYNK.MY di mana mereka menawarkan servis yang sama seperti adf.ly dimana setiap klik yang anda terima akan di bayar. Lynk.my sekarang ini sudah mula popular dalam kalangan pengguna Malaysia dan sistem lynk.my ini sudah semakin maju yang mana mereka sudah menaik taraf website beberapa kali. Terdapat banyak penambahbaikkan yang dilakukan untuk kesenangan pengguna.

Mari sini saya terangkan cara perkhidmatan ini boleh menjana pendapatan. Apabila publisher melakukan pemendekkan URL dan ada orang klik url tersebut, maka ia akan dialihkan sementara ke halaman pengiklanan sebelum menuju ke halaman yang asal.

Setiap klik dari link URL tersebut akan menjana pendapatan. Walaupun hasilnya tidaklah seberapa sangat namun jika ramai yang klik maka makin banyak anda akan peroleh pendapatan.

Mudah bukan! Setiap 1,000 klik anda akan diberi ganjaran RM10. Bayangkan setiap hari anda share di laman sosial dan ramai yang klik url itu mesti banyak yang anda akan dapat kan.


Tutorial dan Cara Daftar Lynk.my

1.Untuk memulakan pendaftaran ana mesti pergi ke halaman utama lynk iaitu di http://lynk.my.

2. Pilih butang yang bewarna kuning " Join Us " kemudian akan muncul form pendaftaran seperti gambar di bawah.

3. Sila isi ruangan kosong pada form tersebut
*masukkan username anda
*password yang sesuai dan isi dekali lagi untuk comfirm password
*pastikan email yang diisi adalah masih aktif untuk tujuan "comfirmation akaun Lynk.my anda" nanti
*account type pilih  publisher

kemudian klik join Lynk!



4. Log in ke email anda untuk mengaktifkan pendaftaran akaun Lynk.my anda

Apabila email sudah comfirm anda bolehlah masuk semula ke halaman utama dan klik butang login.Masukkan username dan password seperti yang sudah didaftarkan tadi.


Gunakan Perkhidmatan URL Shortener Lynk.my

Anda sudah boleh mulakan aktiviti menjana duit dengan memendekkan url. Pergi ke menu "Create Lynk" di bahagian tepi. Kemudian muncul section "CREATE LYNKS" seperti gambar di bawah. Masukkan url yang anda ingin pendekan danklik butang biru "LYNK IT!". Siap!! anda sudah dapat lynk pendek dan bolehlah share kepada rakan-rakan ataupun kongsikan di sosial media untuk mereka klik link itu. Selamat mencuba




Tips Tingkatkan Pendapatan Dengan Lynk.My

1. Cari lurl artikel/link video yang menarik untuk di kongsi di media sosial. Selalunya orang yang mudah tertarik ini akan terus klik link tersebut untuk membaca artikel penuh.

2. Share link bersama ayat-ayat yang mampu menarik perhatian orang, serta menjuruskan orang untuk klik link terbabit.

3. Kita juga boleh letakkan link pada signatures forum yang kita aktif sebagai salah satu langkah promosi.

4. Boleh pancing orang untuk klik dengan kongsikan link download percuma. Pastikan benda yang orang akan download itu halal, ataupun yang telah diberi kebenaran.

5. Kena selalu aktif, benda promosi macam ni kena berterusan. Bukan senang nak senang. Lagipun anggaplah kerja kita seharian duk mengadap media social, daripada langsung tak dapat apa-apa sekurang-kurangnya dapat cover topup tiap-tiap bulan.


Cara Pembayaran Lynk Dot My

Syarikat Lynk.my akan membuat bayaran kepada ahli melalui kaedah online banking. Antara bank-bank di Malaysia dan antarabangsa yang terlibat adalah :

1..Bank Simpanan Nasional
2.Maybank
3.Bank Rakyat
4.CIMB Bank
5. Paypal

Biasanya bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank publisher Lynk.my selepas 2 minggu tuntutan bayaran dibuat atau " request withdraw".

Diingatkan bahawa terdapat charge perkhidmatan RM2 untuk semua bank kecuali Bank Maybank.


Review Bayaran daipada pihak Lynk.my

Apa yang admin boleh katakan bahawa Lynk.my ini adalah sangat boleh dipercayai dan bukan scam. Admin dah dapat banyak duit dah dari mereka dan paling banyak dapat RM140. Bukan mudah nak kumpul sehingga banyak tu.

No comments

Powered by Blogger.