Header Ads

Cara Buat Duit Dengan Adf.ly dan Review Pendapatan Bulanan



Anda ingin buat duit dengan mudah iaitu hanya memendekkan link yang panjang? mesti anda pernah mendengar nama website adfly ini. Kebiasaan geng-geng yang suka mengunjungi website yang menyediakan link download sudah biasa dengan adfly ni.

Pengenalan Adf.ly

Adf.ly merupakan salah satu daripada banyak websitu URL shortener bahkan yang paling awal sekali ditubuhkan. Adfly ini adalah salah satu medium yang biasa digunakan oleh para Blogger untuk mendapatkan duit daripada aktiviti blogging. Adf.ly ini merupakan ajen pengiklanan yang menyediakan ruang untuk iklan kepada advertiser. Kerja-kerja penyebaran iklan dilakukan oleh publisher yang mana mereka akan mendapat upah bagi setiap klik untuk url yang dipendekkan. Blogger akan mendaftar sebagai publisher dan membuat promotion url untuk diklik oleh pengunjung blog.

Sistem yang digunakan Adfly pada dasarnya hanyalah memperpendek URL yang ingin dipromosi. Apabila pengunjung melakukan klik pada suatu link tertentu, pengunjung akan dibawa terlebih dahulu ke halaman Adfly, sebelum akhirnya dibawa terus ke website asal. Pihak adf,ly akan membayar publisher kerana membawa pengunjung ke halaman yang ingin di promosi.

Kalau dihitung jumlah imbuhan yang diperolehi adalah sangat kecil nilainya,  yaitu hanya sekitar 0.0001 dolar  untuk setiap URL yang pengunjung Klik. Hanya sesuai dijadikan pendapatan sampingan untuk aktiviti blogging. Namun jangan berputus asa kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Terdapat cara yang pantas dengan Adf.ly ini untuk menjana pendapatan yang sangat besar dan cepat. Kebiasaan blogger akan membuat blog berkaitan movie dan drama yang mampu menarik perhatian ramai pengunjung. Blogger akan memendekkan url untuk download dan orang ramai akan klik. Terdapat banyak blog yang popular di Malysia yang berjaya menghasilkan wang yang banyak melalui iklan Adf.ly ini contohnya gempak.org, teamkuryu dan pencuri movie.

Cara Melepasi iklan Adf.Ly



Apabila anda klik url adf.ly anda akan ridirect ke halaman seperti gambar di atas. Namun kadang-kadang akan muncul website lain namun masih terdapat logo adfly dan gambar skid ad. Anda hanya perlu tunggu 5 saat dan klik butang skip ad untuk ke halaman yang ingin dituju.


Cara Daftar Adfly

Jika anda tertarik untuk menjana pendapantan dengan Adf.ly ini boleh mengikuti tutorial yang disediakan di bawah ini.

Langkah 1: Kunjungi ke halaman utama adf.ly dan Klik butang kuning Join Now.
Isilah segala maklumat yang diperlukan seperti  username, email, password sehingga kode Captcha. Jangan lupa centang I Agree to the Term and Conditions, lalu klik Join.




Langkah 2: Verifikasi akaun Adfly

Seperti biasa apabila daftar sesuatu secara online, anda perlu membuka email untuk  melakukan Verifikasi Akaun adfly.

Jika sudah verifikasi, bermakna akaun Adfly anda sudah aktif. Anda sudah boleh log in ke Akaun Adf.ly.


Jom start buat duit dengan Adf.ly

Anda kini sudah boleh mula memendekkan URL untuk menghasilkan wang. Kemudian url tersebut boleh sebarkan untuk di klik. Cara memendekkan link adalah sangat mudah hanya letakkan link ke dalam kotak merah seperti gambar di bawah dan kemudiannya klik butang Shrink!




Lengkapkan Maklumat Peribadi

Maklumat anda belum lengkap sepenuhnya. Anda perlu mengisi data Peribadi di akaun adfly, tentang akaun paypal yang akan digunakan gunakan untuk tujuan pembayaran nanti. Hanya masukkan alamat email paypal. Namun begitu anda boleh mengisi data tersebut di lain masa jika masih belum memilikinya.

Menerima Pembayaran

Adf Ly, akan membayar kita secara automatik apabila baki akaun telah mencapai 5 USD melalui pilihan bayaran yang kita sudah tentukan. Terdapat tiga jenis cara pembayaran iaitu Paypal, Payza dan Bank Transfer. Cara yang paling mudah dan cepat adalah melalui Paypal. Setiap 1 hingga 3 di awal bulan, pihak Adf akan membuat pembayaran kepada publisher. Melalui Paypal, duit anda akan dihantar terus ke akaun bank tempatan anda di Malaysia.

Review Pembayaran Adf

Selama admin berkecimpung dalam duni blogging ni admin sudah cuba pelbagai jenis iklan untuk menghasilkan wang. Cuba lihat jumlah kat bawah yang admin perolehi dengan adf.ly ini. 112 USD kalau kita tuka kepada ringgit akan jadi RM450. Banyak tu.

No comments

Powered by Blogger.