Header Ads

10 Kedai Makan Popular di Shah Alam

Anda tidak tahu ingin ke mana untuk makan? Terutamanya bagi pelajar Uitm dan Unisel yang selalu keluar makan bersama rakan-rakan mereka. Tahukah anda di Shah Alam terdapat pelbagai tempat yang menyediakan makanan yang enak. Kata sahaja jenis apa makanan yang dicari pasti ada tempat yang sesuai. Di bawah ini saya senaraikan 10 Tempat yang menarik dan popular di Shah Alam untuk dikunjungi. Tempat ini memang sudah diakui oleh ramai orang yang mengatakan sememangnya sangat 'BEST'. Apa lagi jom la cuba hidangan di sini.

1. Restoran Mee Ketam


Salah satu kedai yang mempunyai cara penyajian makan yang unik. Nama kedai pun Mee Ketam sudah semestinya lauk utamanya adalah berasaskan ketam. Apa yang uniknya ialah apabila anda order makanan seperti mee sup atau mee kari anda akan dibekalkan dengan seekor ketam yang masih lengkap lagi anggota  tubuhnya namun is perut sudah dipotong dadu untuk memudahkan pelanggan.

Lokasi kedai ini adalah betul-betul di belakang unisel Shah Alam. Sememangnya mee ketam di restoran ini merupakan antara yang terbaik dan wajib dicuba. Saya sendiri pernah merasa mee ketam tersebut dan harga bagi semangkuk mee ketam ini adalah sangat berpatutan.

2. Pak Li Kopitiam


Restoran Pak Li Kopitiam adalah destinasi seterusnya. Restoran ini juga terletak di Seksyen 7 behampiran Restoran Hakin Baru. Restoran Pak Li Kopitiam tempat yang sesuai untuk anda membawa keluarga mahupun teman.

Terdapat pelbagai menu yang boleh dipesan namun anda perlu merasa menu special iaituTerdapat ‘Nasi Ayam Lemon’ dan ‘Golden Fried Rice’. saya sudah mencuba Nasi Ayam Lemon dan ternyata nasinya adalah sangat lembut dan wangi ditambah rasa lemon pada ayam itu. Anda juga boleh mencuba spaghetti meatball yang harganya sangat murah iaitu kurang daripada RM10.

Manakala minuman yang disyorkan adalah white coffe atau. Jika anda inginkan menu yang biasa terdapat di kopitiam yang lain turut disediakan seperti roti bakar,telur separuh masak,nasi lemak dan lain-lain.

3. Kedai Nasi Kak Wok



Masih lagi di Seksyen 7, kini kita ke pusat kormesial iaitu Restoran Nasi Kak Wok yang menjual nasi berlauk versi Kelantan. Nasi Kak Wok sangat popular dan telah membuka banyak cawangan di seitar Shah Alam dan Kuala Lumpur. Namun jika anda ke sini hanya satu jenis hidangan sahaja yang boleh didapati iaitu nasi berlauk. 

Nasi Kak Wok adalah gabungan nasi berlauk antara gulai yang berlemak, serta beberapa ketulan kecil ayam goreng dan sambal. Sajian ini asalnya bermula daripada Mek Wok Hassan atau Kak Wok yang menyajikan masakannya di Kampung Lundang Kota Bahru pada 35 tahun dahulu.



Jika anda ingin mencuba nasi berlauk versi gerai di tepi jalan anda boleh pergi ke kawasan rumah flat PKNS dan mencari gerai nasi berlauk Kota Bahru. Lokasinya adalah berdekatan dengan food court seksyen 7. 

4. Restoran Murni


Bersebelahan dengan Kedai Kak Wok iaitu di corner lot anda perlu singgah di sebuah kedai makan yang sangat popular dalam kalangan orang Shah Alam iaitu Restoran Murni. Jangan terkejut jika anda melihat nama makan-makanan di Buku Menu. Anda akan melihat nama sajian yang pelik-pelik bunnyinya seperti Mee raja napoleon, Air I Love You dan air traffic light.

Jika anda sampai lewat sedikit, anda perlu tunggu seketika kerana memang ramai orang memenuhi kedai tersebut. Bahkan ada orang yang sanggup makan berbumbungkan awan sahaja dengan membuka meja di serang jalan.


5. The Chemistry Cafe+Lab



Anda inginkan kelainan apabila menjamu selera? Di Chemistry Cafe mungkin ada jawapannya. Restoran ini merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk membawa rakan-rakan untuk bersantai, dan berborak pada waktu petang ataupun malam.

Lokasi Kafe ini terletak sederet dengan Restoran Hakim Baru Seksyen 7. Kafe Konsep ini pastinya menjadi tarikan kepada golongan remaja dan pelajar untuk berkunjung. Kafe ini sangat popular kerana dekorasi kafenya yang bertemakan makmal kimia. Anda boleh temui tabung uji, picagari, kelalang berdasar rata, rak tabung uji, kaki retort,pengapit dan macam macam lagi digunakan untuk menghidangkan makanan.

6. Restoran Temerloh Dataran Otomobil


Adakah anda perlu ke Temerloh atau tempat lain di Pahang untuk merasa masakan ikan patin tempoyak. Kini tidak lagi kerana anda boleh menemui masakan ala Pahang itu di Shah Alam. Restoran Temerloh ini terletak di Seksyen 15 iaitu berdekatan dengan Toyota Show Room. Dikatakan masakan pahang di sini adalah terbaik.

Harga yang ditawarkan bagi hidangan ini adalah berpatutan mengikut jenis ikan patin yang dimakan. Anda juga boleh memesan hidangan daripada ikan segar lain seperti siakap, kelah dan macam-macam lagi. Jika pergi pada waktu puncak sangat sukar untuk mendapat tempat jadi pastikan anda cepat.

7. Al-Rawsha Restaurant


Bagi anda yang menyukai makanan ala arab anda boleh ke restoran Al-Rawsha. Lokasinya adalah di seksyen 7 iaitu berdekatan dengan Dewan Raja Muda Musa. Tempat ini kelihatan seperti istana Arab dan sangat besar. 

8 Pecel Lele Shah Alam


Anda juga perlu mencuba Restoran Pecel Lele di Padang Jawa. Restoran ini menyediakan makanan masakan Indonesia. Menu yang dicadangkan di sini adalah pecel lele dan ayam penyet. Minuman utama di restoran ini adalah Air Extra joss, anda juga boleh order air-air lain. Biasanya tempat ini menjadi pilihan pelajar UiTM Shah Alam dan Pelajar Unisel.

9. Bakso Monster 


Jika anda penggemar bakso anda boleh ke Restoran Bakso Moster. Menu utama di sini memang bakso tapi ada juga menu lain yang boleh anda cuba. Harga bagi setiap mangkuk bakso adalah RM9.90. Terdapat pelbagai pilihan jenis bakso iaitu boleh pilih jenis mee dan soup yang kita mahu. Jenis mee adalah glass noodle, yellow noodle ataupun hor fun. Bagi sup pula adalah clear soup, sup tulang atau tom yum. Minuman pula adalah minuman biasa sepeti teh O ais, Milo namun yang membezakannya ialah saiz, 'Moster'.

10. Polperro Steak House


Siapa yang suka makan western dengan portion yang besar dan harga yang berpatutan bolehlah datang ke polperro Steak House. Di shah Alam terdapat dua cawangan iaitu di Seksyen 7 (betul-betul di sebelah Bakso Moster) dan di Seksyen 13. Harga air minuman adalah sangat murah seperti di kedai biasa contohnya Honey Lemon (RM 2.00) sahaja.

No comments

Powered by Blogger.