Header Ads

Harga Tiket dan Details Taman Tema Bangi Wonderland


Wah nampaknya orang di sekitar bangi pasti merasa seronok bila dapat tahu yang Taman Teman Air Bangi Wonderland telah dibuka pada 27 Ogos 2016 lalu.  Walaupun sebelum ini banyak ura-ura yang bangi Wonderland akan dibuka pada 27 Julai lepas, tetapi nampaknya tidak benar. Tetapi dalam facebook bangi Wonderland Themepark & Resort, telah mengesahkan akan membuka taman tema pada tarikh yang dinyatakan di atas. Nampaknya, Taman tema air dan resort, Bangi Wonderland bakal menjadi tarikan baru terutamanya bagi penduduk Semenyih dan Bangi.

Menurut Pengurus Besar Wonderland (Bangi) Theme Park Sdn. Bhd., Steven Chang, taman tema itu telah mengambil masa selama dua tahun untuk siap dibina sepenuhnya di kawasan seluas 4.86 hektar berdekatan Bandar Seri Putra, Bangi.



HARGA TIKET MASUK 

Harga tiket yang ditetapkan ialah RM48 bagi kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 130 sentimeter dan RM58 untuk dewasa, manakala kanak-kanak ketinggian di bawah 90 sentimeter adalah percuma manakala diskaun sebanyak 50 peratus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Baca juga: Pulau-Pulau Menarik di Malaysia

WAKTU OPERASI 

Waktu operasi Bangi Wonderland pula adalah dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada setiap hari kecuali pada Selasa kerana ditutup namun ia dibuka sekiranya hari berkenaan jatuh pada hari cuti sekolah, cuti umum dan cuti sekolah di Singapura.

16 PITSTOP PERMAINAN AIR

Sejumlah 16 jenis permainan berasaskan air disediakan kepada pengunjung, antaranya Water Cannon, Magic Funnel, Boomeriang, Kids Adventure dan Wonder Loop. katanya lagi. Bermula dari main entrance lagi, korang akan disajikan dengan Pirate's Spa / Age of Pirate yang merupakan papan luncur berpusing setinggi 3 tingkat dan Water Cannon.



Age of Pirates

Insane Racer dan Magic Tunnel di sebelahnya

Untuk makluman juga, website rasmi Taman Tema Bangi Wonderland juga masih belum dibuka. Jadi jika ada sebarang pertanyaan, anda tidak boleh lagi merujuk kepada website tersebut.

Dear all our long awaited guests,

Our website is still under development and will be ready soon. Thanks for all your kind support and please do share this post with your family members and friends. Cheers and see ya.

-Bangi Wonderland Theme Park & Resort-


CARA HUBUNGI PIHAK BANGI WONDERLAND

Bangi Wonderland Theme Park & Resort
No. 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue
43000 Kajang, Selangor

Web: www.bangiwonderland.com.my
fb: https://www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/
Email:sales@bangiwonderland.com.my

Contact: 03-8687 6522 ( Isnin - Ahad / 10 pg - 5ptg )

Lokasi: Melalui Lebuhraya PLUS, exit Bandar Seri Putra ( Selepas Bangi/ Tol Kajang  sebelum Tol Nilai).

Jadi untuk melihat sendiri bagaimana keadaan di sana, jom kita tengok beberapa keping gambar yang telah dikongsikan di facebook Bandar Baru Bangi Community ni. Sangat menarik kan?






Namun begitu, berdasarkan kepada sumber laman sosial, sejak dibuka pada 27 Ogos 2016, Bangi Wonderland masih lagi kurang sambutan dan tidak mendapat perhatian pengunjung. Oh, mungkin baru sahaja dibuka dan ramai yang tiada info mengenainya.

Jom dapatkan tiket Bangi Wonderland Themepark & Resort. Taman tema air yang terletak di Bangi kini sudah dibuka. Apa lagi orang sekitar Bangi, Kajang, Serdang, Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan jom serbu!!!

No comments

Powered by Blogger.