Header Ads

3 Buah Rumah Terbalik Di Malaysia Yang Perlu Dilawati

Adakah anda ingin megalami sendiri suasana apabila semua benda seba terbalik di keliling anda? Kini  anda boleh merasainya pengalaman tersebut di Malaysai tanpa pergi ke luar negara. Rumah Terbalik atau Upside Down House menjadi tarikan terbaru kepada para pelancong untuk merasai pengalaman berada dalam rumah yang keadaannya serba terbalik. Malahan, semua perabot di dalamnya turut terbalik.

Apabila anda berada di dalam rumah tersebut, pastinya anda akan berasa sedikit pening dan bingung kesan daripada susunan perabot yang terbalik. Di Malaysia, anda boleh lihat rumah tersebut secara live hanya di negeri Sembilan, Melaka dan Sabah. Malah semakin banyak rumah lagi tarikan seperti ini yang juga baru dibuka di beberapa tempat sekitar Malaysia.


Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo, Sabah


Rumah ini terletak di sepanjang lebuh raya utama yang menuju ke Gunung Kinabalu, Sungai Kiulu berakit dan semua daerah di pantai timur Sabah (iaitu Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau) di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, daerah Tuaran.


Hari ini, anda akan dapat melihat sebuah rumah kampung tradisional Sabah yang serba lengkap dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur, tandas, beranda dan taman dalam perspektif baru iaitu terbalik!

Pada tanggal 8 Februari 2012, Rumah Terbalik ini telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai Upside Down House pertama di Malaysia.

Rumah ini dibuka pada setiap hari termasuk pada hari cuti umum. Waktu beroperasi adalah dari pukul 7.00 pagi - 7.00 petang.

Untuk makluman semua, sebarang aktiviti mengambil gambar di kawasan dalaman rumah tersebut adalah dilarang sama sekali.

Bayaran masuk dikenakan kepada pelancong seperti berikut:

Pemegang MyKad: RM10.00
Lain-lain: RM18.00
Pelajar / Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM5.00
Kanak-kanak di bawah 3 tahun: Percuma

Boleh tengok info lengkap di website: Rumah Terbalik Sabah






Rumah Terbalik - Upside Down House Gallery, Melaka




Jika anda datang ke bandar bersejarah Melaka, jangan lupa singgah di Rumah Terbalik atau lebih dikenali sebagai Upside Down House Gallery.


Upside Down House ini terletak di kawasan berdekatan Mahkota Parade dan betul betul di belakang Seri Costa Hotel.

Pada dasarnya rumah ini terbalik kepada lima bahagian iaitu di Ruang tamu, dapur, bilik kanak-kanak, bilik tidur utama dan bilik mandi.Susun atur di dalam rumah tersebut adalah lebih kepada konsep keluarga.

Rumah ini dibuka pada hari isnin hingga khamis bermula pukul 10.00 Pagi – 6.00 Petang. Bagi hari Jumaat hingga Ahad/ Cuti umum akan mula beroperasi dari 10.00 Pagi hingga 9.00 Malam

Bayaran masuk dikenakan kepada pelancong seperti berikut:
Dewasa: RM15
Kanak-Kanak: RM10
Warga Emas: RM10
Warga OKU: 50%

Yang menariknya, di sini anda boleh mengambil gambar di bahagian dalaman rumah dengan pelbagai gaya dan kreatif.

Boleh tengok info lengkap di Facebook: Upside Down House Melaka






Rumah Terbalik - Upside Down Art Gallery,  Negeri Sembilan




Terbaru, Galeri Rumah Terbalik (Upside Down Art Gallery) yang pertama telah di buka di Port Dickson, Negeri Sembilan untuk orang ramai merasai sendiri keunikkan rumah terbalik ini.


Rumah ini teletak berhampiran dengan Ostrich Park dan Politeknik Port Dickson beralamat di No 13A & 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tempat ini dibuka pada setiap hari dan waktu beroperasi adalah dari pukul 10.00 pagi - 9.00 petang.

Tiket bayaran masuk adalah seperti berikut :

Mykad
Dewasa – RM 15
Kanak-kanak – RM 10 (bawah 12 tahun)

Tanpa MyKad
Dewasa – RM 20
Kanak-kanak – RM 15

Anda juga boleh mengambil gambar di bahagian dalaman rumah dengan pelbagai gaya yang anda inginkan.

Boleh tengok info lengkap di Facebook: Rumah Terbalik Port Dickson





No comments

Powered by Blogger.