Header Ads

2 Tempat Menarik Perlu Anda Pergi Untuk Berjalan Di Lantai Kaca Puncak Bangunan

Apa khabar semua kepada para pembaca yang dikasihi sekalian? Apakah aktiviti yang anda akan lakukan pada hujung minggu ini? Pastinya anda sedang pening memikirkan tempat atau destinasi yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga tersayang. Di sini saya ingin memberi sedikit pendapat tentang tempat yang menarik untuk dilawati. Anda meminati aktiviti yang extreme ataupun sedikit mencabar untuk dilalui? Anda boleh pergi melawat tempat yang tinggi yang mana lantainya hanya dialaskan dengan kaca. Anda boleh melihat sendiri suasana bawah tempat tersebut melalui kaca. Takut jatuh? Jangan risau kkaca itu sudah semestinya diperbuat daripada bahan yang terkuat sekali untuk langkah keselamatan para pengunjung. Jadi apa tunggu lagi cepat-cepatlah bertindak untuk pergi ke destinasi tersebut. Di bawah ada disenaraikan dua bangunan yang mempunyai lantai kaca yang boleh dikunjungi anda. 

1. One City Sky Park

One City Sky Park ni terletak di tengah-tengah bandar Subang bersebelahan dengan Puchong. Bangunan Subang One City ini terdapat tiga bahagian utama iaitu Sky Park, The Place dan Garden Shoppe.

Sky Park berada di tingkat paling atas iaitu tinggkat 10. Di bahagian ini orang ramai dapat merasai sendiri pengalaman berjalan di atas bumbung kaca yang dapat menimbulkan rasa gayat. Tapi tidak perlu risau kerana lantai tersebut dibuat daripada kaca yang sangat kukuh.

Jangan risau!! tiada bayaran masuk dikenakan kepada pelawat dan dibuka setiap hari pada pukul 10:00 pagi-10:00 malam.










2. The Shore Sky Tower Melaka

Bagunan The Shore Sky Tower ini terletak di tengah-tengah ban­­­­dar raya Melaka. Jika anda seorang yang berani dan sukakan cabaran, anda boleh merasai sendiri pengalaman berjalan di tinggkat atas bangunan  tersebutyang terletak di tinggkat 43.

Tarikan utama di sini adalah  memijak di atas kaca telus iaitu ‘observatory deck’ yang terletak sejauh hampir 3 meter kaki di ruang khas pada ketinggian 163 meter dari paras laut yang mana hanya  lima orang sahaja dibenarkan dalam satu masa.

Anda  boleh melihat kumpulan ikan koi yang berenang menerusi kolam ber­lantaikan kaca dan terdapat enam buah teleskop untuk kegunaan para pengunjung untuk meninjau dengan lebih dekat kawasan sekitar bagunan tersebut. 

Di sana juga terdapat 'The Sky Deli' iaitu sebuah res­­toran di tingkat 42 dan juga ‘Sky Bar’ di tingkat 43. Bayaran masuk dikenakan iaitu RM28 untuk Dewasa, RM18 untuk Kanak-kanak dan RM18 untuk Pelajar.








Di China

Bagi sesiapa yang inginkan tempat yang lbih mencabar anda boleh ke luar negara iaitu di Negara China. China yang terkenal dengan tembok besar kini membuka jambatan gantung yang man lantainya beralaskan kaca lutsinar. Digantung setinggi 590 kaki di udara, jambatan gantung kaca yang dinamakan Haohan Qiao, atau Jambatan Brave Man, telah dibuka baru-baru di pusat Hunan China.

Mempunyai panjang kira-kira 300 meter, jambatan di Taman Negara Shiniuzhai itu mempunyai dua lapisan yang diperbuat daripada kaca yang kekuatannya 25 kali lebih kuat daripada biasa.

Jambatan itu pada asalnya diperbuat daripada kayu, tetapi telah diubah suai kepada kaca pada tahun 2014 yang lalu. Jambatan tersebut juga disokong oleh rangka keluli untuk mengukuhkan lagi keadaan fizikalnya.

Jambatan Brave Man tersebut merupakan jambatan gantung kaca paling panjang di dunia buat masa ini.

Pelawat dapat merasai sendiri pengalaman melalui jambatan tersebut  yang boleh diperkatakan akan membuatkan anda rasa ketar lutut apatah lagi sewaktu struktur itu bergoyang ditiup angin.

Awal tahun ini, cadangan telah diumumkan untuk membangunkan satu lagi jambatan kaca di kawasan Grand Canyon, Zhangjiajie. Apabila dibuka nanti, struktur tersebut akan menjadi jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia.





No comments

Powered by Blogger.