Header Ads

Top 10 Artis Malaysia Paling Berpengaruh di Instagram


Instagram merupakan antara laman sosial yang mempunyai pengguna yang paling ramai di dunia yang mana ia digunakan sebagai medium perkongsian gambar.Bagi mendapatkan update terkini tentang seseorang itu, kita  perlu mengikut atau menjadi follower kepada  IG tersebut. Bilangan follower menjadi pengukur kepada kekuatan seseorang di instagram, semakin banyak follower maka semakin popularlah seseorang itu. Kebiasaannya golongan artis dan elit antara golongan yang mempunyai bilangan follower yang palng ramai. Namun golongan biasa atau pertengahan juga boleh memiliki akaun instagram ini, malah mereka juga mampu mendapatkan follower yang ramai jika keatif dalam membuat posting menarik.

Instagram juga adalah medium untuk selebriti berkongsi aktiviti harian mereka bersama peminat. Pelbagai gambar mereka seperti gambar selepas shooting sesebuah filem atau drama, gambar bersama keluarga dan banyak lagi. Artis juga memberitahu  perkembangan semasa tentang kegiatan seni atau acara melalui instagram.

Instagram juga adalah medium pengiklanan yang paling efektif dan ramai artis mengambil kesempatan ini untuk mereka mempromosikan produk atau membuat review. Kebiasaan banyak syarikat atau agen ingin mempromosi barangan atau perkhidmatan kepada orang ramai. Jadi mereka menggunakan Instagram artis popular untuk memperkenalkan produk mereka. Mereka perlu membayar untuk setiap pengiklanan yang mana kadar bayaran ditentukan oleh pemilik instaram itu.

Di sini, kami senaraikan 10 orang artis yang mempunyai pengikut yang paling ramai di Instagram:-

1. NORA DANISH (@noradanish) 4.3 Juta

Pelakon Nora Danish meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis paling ramai pengaruh apabila mempunyai pengikut tertinggi iaitu seramai 4.3 juta orang. Pastinya orang ramai menjadi pengikutnya kerana Nora merupakan pelakon yang popular di mana banyak drama dan filem lakonannya meletup di layar perak. Tidak lupa juga kontroversinya iaitu kisah hubungan perkahwinanya dengan bekas suami Jejai yang telah berkahwin dengan Pelakon popular Fasha Sandha. Melalui kontroversi inilah yang berjaya menaikkan nama Nora Danish.

Pelakon cantik ini menjadikan Instagram miliknya sebagai medium untuk berkongsi aktiviti rutin hariannya sebagai ibu tunggal. Setiap kali membawa anaknya bersiar-siar, dia akan memuatnaik gambar anaknya ke IG. Nora banyak memuatkan gambar-gambar aktiviti hariannya termasuklah ketika penggambaran dan juga semasa melancong ke luar negara.

Dia juga tidak menyembunyikan hubungannya dengan Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz apabila turut memuat naik gambar mereka bersama. Mereka dijanggkakan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Namun tarikh perkahwinannya belum didedahkan.

2. NOOR NEELOFA (@neelofa) 4.1 Juta
Noor Neelofa merupakan pelakon dan pengacara yang sudah terkenal di Malaysia. Beliau mempunyai 4.1 juta pengikut di Instagram. Nama Neelofa melonjak naik selepas menjadi pengacara di rancangan Meletop di Astro. Dia juga menjual Tudung jenama miliknya neelofar hijab yang merupakan antara tudung pilihan rakyat Malaysia.

Drama lakonanya dalam Suri Hati Mr Pilot telah meningkatkan lagi populariti Neelofa yang digandingkan dengan Pelakon Kacak Fattah Amin. Para peminat telah mengikuti perkembangan mereka berdua yang dikatakan sedang bercinta. Namun kedua-dua pelakon ini masih berteka-teki dengan hubungan mereka.

3. ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869) 3.7 Juta
Abdul Razak Mohammad Razizan atau di kenali sebagai Zizan Razak merupakan seorang bintang komedi yang tidak asing lagi. Zizan juga melibatkan diri sebagai sebagai pengacara, usahawan, penyanyi dan juga pelakon. Satu-satunya pelakon lelaki yang tersenarai antara lima teratas ialah pelawak Zizan Razak yang mempunyai pengikut seramai 3.7 Juta orang. Zizan sememangnya popular sejak dari zaman Raja Lawak lagi. Pengikutnya semakin bertambah selepas banyak filem lakonanya seperti KL Ganster, Mael Lambung dan Polis Evo meletop di pawagam. 

4. Datuk Siti Nurhaliza (@ctdk) 3.5 Juta
Datuk Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi dan juga usahawan berjaya dengan menghasilkan produk Simply Siti. Siti kini mempunyai sebanyak 3.5 Juta pengikut di Instagram.

Siti Nurhaliza pula banyak mengabadikan aktiviti harian dengan memuat naik rakaman video ketika membuat persembahan, rakaman di studio, aktiviti riadah dan juga ketika di dapur. Siti selalu memuatnaik gambar selfie ke IG dan mendapat pujian daripada peminatnya. Malah Siti turut berkongsi cerita masakannya dengan peminat dan juga makanan yang dipilih ketika sarapan.


5. SCHA ALYAHYA (@schaalyahya) 3.5 Juta
Ibu kepada Lara Alana ini selalu berkongsikan aktiviti harian dan gambar anaknya yang comel bersama peminat. Ramai orang memgikut Scha di Instagram selepas beliau berkahwin dengan Awal Ashaari. Kedua-dua mereka merupkan pelakon yang popular.


6. ELFIRA LOY (@elfiraloy) 3.1 Juta
Nurul Elfira Loy  juga turut menjadikan instagram miliknya sebagai medium pengiklanan efektif dengan mempromosikan produk baru dan membuat review sesuatu produk.


7. Hanis Zalikha (@haniszalikha) 3.1 Juta

Pelakon dan pengacara Hanis Zalikaha mendapat perhatian umum selepas dia dilamar Hairul Azreen yang kini merupakan suaminya. Beliau menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk miliknya. Dia juga selalu update gambar aktiviti harian bersama anak dan suaminya.


8. AWAL ASHAARI (@awalashaari) 3 Juta
Ahmad Awaluddin Ashaari merupakan suami kepada Scha Alyahya. Awal banyak berkongsikan gambar aktiviti kerjayanya sebagai seorang selebriti terkenal termasuk gambar dan video anaknya Lara di Instagram beliau.

9. Yana Samsudin (@yanasamsudin) 2.8 Juta

10. LISA SURIHANI (@iamlisasurihani) 2.7 Juta
Lisa Surihani sering mendapat perhatian di laman sosial media dan tidak lokek untuk berkongsi gambar bersama dengan peminat detik manis bersama suami tercinta, Yusry Kru. 

Lisa Surihani pula menggunakan medium laman sosial itu dengan memuat naik pelbagai jenis gambar termasuklah pemandangan, aktiviti percutian bersama suami,   dan juga gambar bersama rakan-rakan artis.

Tidak ketinggalan gambar di set penggambaran untuk dikongsi dengan peminat. Lisa turut mengunakan Instagram miliknya dengan memasukkan rakaman video aktiviti-aktiviti terpilih.



10. Nelydia Senrose (@nelydiasenrose) 2.7 Juta
Pelakon cantik ini menggunakan laman Instagram untuk memuatnaik gambar aktiviti harian sebagai pelakon. Dia juga akan mempromosi drama terbarunya melalui IG dengan upload gambar sewaktu shooting drama.

10. Rozita Che Wan (@rozitachewan1) 2.7 Juta

11. Fathia Latiff (@fatiyalatiff) 2.6 Juta

2 comments:

Powered by Blogger.