Header Ads

Top 10 Taman Tema Air Di Malaysia Yang Wajib Anda Pergi


Ke mana destinasi anda dan keluarga apabila tiba musim cuti terutamanya cuti sekolah. salah satu destinasi yang paling sesuai dikunjungi untuk memenuhi masa cuti adalah  pergi ke taman tema. Taman tema apa yang ada? Malaysia mempunyai banyak taman tema yang menarik dan cantik untuk dilawati. Ada taman tema air, taman tema hiburan (amusement park), taman tema legoland dan macam-macam lagi. Di Malysia hanya taman tema Disney land je yang belum dibina. Semua taman tema ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Taman tema air merupakan taman tema yang terbanyak di Malaysia. Boleh dikatakan hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai taman tema air. Orang ramai lebih menyukai untuk ke taman tema air mungkin kerana ia lebih sesuai untuk percutian keluarga. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di taman tema air berdasarkan fasiliti yang disediakan oleh pihak taman tema. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah mandi di gelonsor air, spa, dll. Terdapat juga di dalam perkampungan taman tema air tempat menarik seperti zoo,  hotel, resort yang menyediakan pelbagai kemudahan dan servis. Jadi, tunggu apa lagi jom pergi ke taman tema yang disukai. Berikut merupakan 10 Taman Tema Air yang ada di Malaysia.

Baca juga: Pulau-Pulau Menarik di Malaysia

1. Sunway Lagoon


Taman Tema Sunway Logoon terletak di Bandar Sunway Subang Jaya, Selangor. Merupakan taman tema air yang paling poular di Malaysia. Taman tema ini adalah seperti sebuah bandar yang dipenuhi dengan aktiviti air. Di dalam sunway logoon dibahagikan kepada beberapa bahagian yang mana setiap bahagian mempunyai kegiatan aktiviti yang berbeza. Bahagian tersebut adalah Taman air, Taman ria, Taman haiwan, Extreme Park ,Scream Park,  Cleopatra dan Hi-Dive. Di Taman air dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Waters of Africa di kawasan utara dan Surf Beach di kawasan tengah. Anda boleh bermain gelongsor air yang pelbagai bentuk dan saiz. Bagi yang ingin menaiki roller coaster atau pelbagai lagi permainan anda boleh ke Taman ria. Anda juga boleh merasai pengalaman masuk ke Rumah Hantu di Scream Park. Anda boleh bermain paintball, flying fox, go kart dll hanya di Extreme Park. Apa yang menariknya anda boleh melalui jambatan gantung merentasi taman tema untuk ke sesuatu tempat.

Dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Boleh tengok info lengkap di website Sunway Lagoon


2. Legoland Malaysia


Legoland Malaysia adalah taman tema antarabangsa pertama dibuka di Asia. Terletak di Nusajaya , Johor. Anda boleh melihat sendiri pelbagai ciptaan dan bagunan yang dibuat menggunakan permainan kanak-kanak iaitu Lego. Jika datang bercuti di Johor anda boleh mempertimbangkan untuk menginap di Hotel Legoland yang menarik dan unik.

Boleh tengok info lengkap di website Legoland.

3. Gambang Water Park

Taman tema air yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Taman air Bukit Gambang ini terletak di Bukit Gambang Kuantan Pahang.

Waktu operasi operasi water park

Isnin, Rabu & Khamis :
10.30 pagi - 6.30 petang

Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum :
9.30 pagi - 6.30 petang

Tutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti sekolah & umum.

Boleh tengok info lengkap di website Gambang Water Park

4. Taman Tema Air i-City


Taman Tema i-City ini terletak di Shah Alam berdekatan dengan Wisma Jakel Shah Alam

Taman tema air ini menyediakan pelbagai permainan dan antara tarikannya ialah gelongsor Tornado Ride yang dibina dengan ketinggian tujuh tingkat bangunan.Antara permainan lain yang disediakan di taman tema air itu ialah Wave Pool, River Adventure, Giant Jacuzzi dan iChildren’s Adventure dan pelbagai lagi.

Boleh tengok info lengkap di website i-City

5. Gold Coast Morib


Berhampiran dengan pantai Morib, selain dari bermain di taman air, anda juga boleh menikmati paorama senja atau matahari naik di sini jika anda menginap di resort yang di sediakan di sini.

Boleh tengok info lengkap di website Gold Coast Morib.

6. Wet World Water Park



Terdapat di 3 lokasi :
1. Shah Alam (Selangor)
2. Pedas (Negeri Sembilan)
3. Batu Pahat (Johor)

Tiket masuk ke Wet World ini boleh dikatakan agak lebih murah berbanding taman tema air yang lain.

Boleh tengok info lengkap di website Wet World Water Park

7. Taman Desa Water Park

Saru-satunya taman tema air di Kuala Lumpur, tarikan utama di sini adalah  gelongsor air terpanjang di Asia, Thunderbolt . Untuk makluman Thunderbolt tidak beroperasi pada hari kerja isnin hingga jumaat.

Waktu operasi operasi water park

Isnin - Jumaat :
10.30 pagi - 6.00 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum :
10.00 pagi - 6.00 petang

Boleh tengok info lengkap di website Taman Desa Water Park

8. A Famosa Water Park


Terletak di Melaka,selain dari boleh mandi manda, taman tema ini juga menawarkan Safari Wonderland bagi memberi peluang kepada anak anda melihat haiwan-haiwan yang terdapat di sini.

Waktu operasi operasi water park:
11.00 pagi-7.00petang (Isnin –Jumaat)
9.00am – 7.00pm (Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum)
Tutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti sekolah & umum.

Boleh tengok info lengkap di website A Famosa Resort.

9. Lost World of Tambun


Terletak di Perak, selain dari taman tema air, Lost World of Tambun juga mempunyai zoo yang mempamerkan 400 jenis haiwan. Di sana juga terdapat kolam air panas dan spa pada waktu malam .

Boleh tengok info lengkap di website Lost World of Tambun

10. Taman Tema Air Di Bangi Wonderland (Belum Dibuka)




Taman tema yang baru sahaja siap dibina ini terletak di Bangi Selangor berdekatan dengan bangi avenue. Jadi warga Bangi tak payah pergi taman tema air jauh-jauh lagi dah lepas ni. Difahamkan sekurang-kurangnya 15 permainan yang disediakan bakal memberikan kepuasan kepada pengunjung.
Taman Tema Wonderland Bangi ini dijangka akan dibuka pada bulan Ogos ini.


4 comments:

  1. Taman Wisata di Malaysia terlihat lebih bagus dari Indonesia

    ReplyDelete
  2. actually bangi wonderland dah buka tau

    ReplyDelete
  3. Wow nampak seronok taman tema air tersebut. Jika anda ingin mendapatkan taman tema yang terbaik, boleh ke link ini :

    http://www.lookp.com/malaysia/theme-park

    Berdasarkan komen yang diberi oleh pengunung terdahuli, maka anda boleh membuat keputusan yang terbaik.

    Semoga dapat membantu!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.